Aku hanya insan biasa,
tidak terlepas dari melakukan dosa,
dan dalam masa yang sama,
mengejar-ngejar pahala,
Aku hanya insan biasa,
yang menginginkan teman hidup yang sempurna,
yang mempunyai Imaan,
yang menyayangi Tuhan dan RasulNya,
tetapi diriku tak sempurna mana,
tidak secantik Siti Khadijah,
tidak setabah Siti Fatimah,
tidak sealim ustazah,
Aku hanya insan biasa,
yang menginginkan keputusan cemerlang,
yang mahu membanggakan ibubapa,
yang kadangkala, bahkan selalu,
mementingkan duniawi,
walaupun ku tahu bahawa duniawi itu tidak kekal,
Aku hanya insan biasa,
yang selalu mengharapkan sesuatu yang fana,
yang mempunyai Iman yang tidak mengenal erti stabil,
tetapi Alhamdulillah, aku mempunyai Tuhan yang sangat
menyayangi Hamba-hambaNya
Aku hanya insan biasa,
yang akan sentiasa mencuba untuk,
memperbaiki,
mempelajari,
menerima,
ilmu Agama.
Aku hanya insan biasa,
Ya Allah, Ampunkan lah segala dosa-dosa hamba Mu,
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sekian,
Nabilah Ani Sofian.
Friday, 18 January 2013
Sebuah Pengakuan
Posted by neblove at 17:02
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment